Thursday, 17 November 2016

PERKHIDMATAN KAMI
.
SISTEM KALIS AIR BUMBUNG RATA
(Flat Roof Waterproofing)

.
Gambar rajah dibawah umumnya akan menerangkan bagaimana kalis air bocor melalui slabs konkrit.
.
Apabila air jatuh dari bahagian atas, air akan diserap ke dalam lapisan atas simen. Lapisan atas simen yang panjang lebar akan bertindak seperti span dan terus menyerap air dari permukaan basah.
.
Sekiranya lapisan simen mempunyai permukaan retak, ia mempercepatkan penyerapan air. Akhirnya semua air yang diserap akan bertakung di bawah lapisan simen. Lapisan kalis air bawah lapisan simen akan menghalang kebocoran air untuk slabs konkrit.
.
Walau bagaimanapun, jika lapisan kalis air yang telah gagal berfungsi dengan baik, air akan menembusi melalui lapisan kalis air dan bertakung pada slabs konkrit.
.
Jika slabs konkrit adalah pepejal dan berkeadaan yang baik, pemilik bangunan tidak mengalami isu kebocoran air.
.
Jika tidak, pemilik bangunan mungkin mengalami keadaan di bawah:

KebocoranA: resapan air disebabkan honey comb, kepadatan yang tidak mencukupi atau tidak mencapai gred.

Kebocoran B: Kebocoran melalui keretakan slabs konkrit.

Kebocoran C: Kebocoran antara persimpangan di antara dinding dan lantai.
.
Dalam usaha untuk membetulkan isu-isu kebocoran, QueSeal melalui kepakaran dan kemajuan teknologi bersedia membaikpulih masalah tersebut. Secara umum, masalah itu boleh diselesaikan melalui kaedah tanpa perlu meruntuhkan binaan sedia ada menggunakan kaedah waterproofing yang sesuai.

4 comments:

  1. berapa kos baiki, konkrit slap bocor air

    ReplyDelete
  2. Berapa kos lantai konkrit bilik air bocor

    ReplyDelete
  3. Berapa kos knkrit slap bocor

    ReplyDelete
  4. berapa kos kontrit bocor sb mozek dah kembung

    ReplyDelete