Tuesday, 8 November 2016

PENGENALAN

Add caption
PENGENALAN
Kerosakan dan kecacatan binaan bangunan boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan kesan negatif kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna, malah akan memburukkan pandangan dan nilai estetika sesebuah bangunan
.
Sepatutnya masalah kerosakan dan kecacatan binaan ini tidak timbul sekiranya setiap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas memainkan peranan dan tindakan yang sewajarnya.
.
Punca kerosakan dan kecacatan binaan seharusnya diketahui sehingga ke akar umbi, bagi memudahkan kerja-kerja pencegahan dan perancangan yang sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan risiko kerosakan dan kecacatan.
.
Kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan dan kecacatan binaan juga seharusnya dilakukan dengan segera bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah lain.
.
Kelembapan sering berlaku pada tembok, lantai dan siling dalam bangunan.sifat ini mengakibatkan permukaan itu bertompok-tompok basah dan berada dalam keadaan lembab, suasana seperti ini akan menimbulkan keadaan yang kurang selamat
.
Kalis lembab(water prof)adalah sesuatu yang menggambarkan sifat yang tidak terpengaruh dengan air atau bersifat mengalirkan air melalui permukaanya,
.
Lapisan kalis lembab(water proffing) pula bermaksud satu prosuder yang dijalankan untuk membuat sesuatu bahagian menjadi tahan atau kalis daripada air.
.
Sesebuah bangunan biasanye mengunakan lapisan kalis lembab untuk melindungi dan menjaga ketahanan struktur bangunan tersebut, dan kawasan yang biasanya mengunakan lapisan kalis lembab ini adalah di ruangan basement,atap dan kawasan berair seperti tandas,bilik mandi dan dapur,
.
jika kawasan yang dinyatakan tidak dilindungi dengan lapisan kalis lembab risiko untuk bangunan mengalami kerosakan amat tinggi

No comments:

Post a Comment